6 Teras Utama

1. Pembudayaan Sukan

Teras Pembudayaan Sukan merangkumi perspektif yang luas dalam usaha kerajaan memupuk semangat kesukanan dan gaya hidup yang aktif dalam semua lapisan masyarakat. 3 strategi utama yang dicadangkan adalah penglibatan & pendidikan, sukan sebagai agen penyatuan dan kerjasama antara komuniti.

Komponen utama teras ini adalah penerapan budaya sukan di peringkat akar umbi selaras dengan aspirasi “Keluarga Malaysia”. Selain itu, ekosistem sukan di Malaysia perlu menyediakan platform yang inklusif dan selamat agar semua rakyat Malaysia boleh menjalankan aktiviti sukan dalam persekitaran yang kondusif.

Objektif

Gaya hidup aktif dalam persekitaran yang inklusif dan selamat.

2. Kegemilangan Sukan

Teras Kegemilangan Sukan merangkumi pembangunan sukan berprestasi tinggi dan elit yang berpaksikan tiga kumpulan sasar iaitu atlet, jurulatih dan pegawai sokongan. Melalui penyepaduan pembangunan sukan prestasi tinggi, teras ini berhasrat untuk melahirkan jaguh tempatan di persada antarabangsa.

Pembangunan sukan prestasi tinggi dan elit di Malaysia memerlukan nafas baharu dalam perancangan jangka masa panjang. Bagi memastikan atlet negara terus mengharumkan nama negara, VSN2030 memberi penekanan pembangunan holistik yang merangkumi pembangunan atlet, jurulatih dan pegawai sokongan agar ekosistem sukan elit berkembang dan berdaya saing.

Objektif

Memacu kecemerlangan sukan berprestasi tinggi.

3. Industri Sukan

Teras Industri Sukan memberikan penumpuan yang khusus dan inklusif merangkumi pembangunan ekosistem industri sukan. Industri sukan dilihat semakin berkembang dan mempunyai potensi serta memberi impak yang cukup besar kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Industri sukan memberi sumbangan yang signifikan terhadap rantaian sektor ekonomi lain seperti pelancongan, pengilangan dan perdagangan. Pemerkasaan industri sukan akan memastikan sektor ini dapat dikawal selia dan dibangunkan secara lebih bersistematik bagi menjadikannya sebagai sebuah industri yang bernilai tinggi.

Objektif

Sukan sebagai industri bernilai tinggi.

4. Pembangunan Bakat

Teras Kegemilangan Sukan merangkumi pembangunan sukan berprestasi tinggi dan elit yang berpaksikan tiga kumpulan sasar iaitu atlet, jurulatih dan pegawai sokongan. Melalui penyepaduan pembangunan sukan prestasi tinggi, teras ini berhasrat untuk melahirkan jaguh tempatan di persada antarabangsa.

Pembangunan sukan prestasi tinggi dan elit di Malaysia memerlukan nafas baharu dalam perancangan jangka masa panjang. Bagi memastikan atlet negara terus mengharumkan nama negara, VSN2030 memberi penekanan pembangunan holistik yang merangkumi pembangunan atlet, jurulatih dan pegawai sokongan agar ekosistem sukan elit berkembang dan berdaya saing.

Objektif

Menstruktur sistem pembangunan bakat.

5. Profesionalisme Sukan

Teras Profesionalisme Sukan merangkumi beberapa aspek yang kritikal, iaitu memastikan sistem tadbir urus yang cekap di peringkat badan sukan komuniti hinggalah kebangsaan melalui penerapan personel sukan yang berintegriti, menggalakkan semangat kesukanan dan pengiktirafan personel sukan mengikut kepakaran.

Profesionalisme Sukan merangkumi seluruh ekosistem sukan negara dari peringkat kepimpinan tertinggi hingga ke akar umbi. Melalui ekosistem yang profesional, gejala rasuah dan pecah amanah boleh dielakkan dengan pelaksanaan dasar keterbukaan dan model pengurusan yang cekap.

Objektif

Memperkukuhkan tadbir urus sukan.

6. Hub Sukan

Skop teras Hab Sukan merangkumi aspek peningkatan capaian dan struktur tadbir urus yang menawarkan kualiti fasiliti, perkhidmatan dan kepakaran yang tinggi. Antara pendekatan yang dicadangkan adalah penggalakan tadbir urus bersama, rangkaian fasiliti sukan yang luas dan bersepadu serta penyeragaman pembangunan prasarana sukan yang lebih komprehensif mengikut keperluan lokaliti.

Kedudukan Malaysia yang strategik di Asia Tenggara dapat menyokong pembangunan rangkaian infrastruktur sukan yang berpotensi untuk dijadikan pusat penggiatan sukan serantau. Objektif ini boleh dicapai melalui tadbir urus yang cekap dan terbuka, penyeragaman kualiti serta penyelenggaraan fasiliti sukan yang mampan.

Objektif

Malaysia sebagai hab sukan serantau.