Pertandingan mencipta logo:
VISI SUKAN NEGARA 2030

Sempena majlis pelancaran Kanvas Visi Sukan Negara 2030, pihak Kementerian Belia dan Sukan menjemput anda semua untuk menyertai pertandingan mencipta logo Visi Sukan Negara 2030 yang akan menjadi identiti simbolik bagi memastikan hala tuju dan perancangan pembangunan sukan negara dipetakan dengan lebih komprehensif, bersepadu dan kolektif bagi tempoh 10 tahun akan datang.

Penyertaan akan dibuka mulai 8hb April 2021 (Khamis) sehingga 31hb Mei 2021 (Isnin) jam 11.59 malam

Serlahkanlah bakat dan kreativiti anda. Hasil idea anda akan menjadi sebahagian daripada sejarah kecemerlangan dekad emas negara.