Menjadikan sukan sebagai sebahagian daripada gaya hidup dan budaya rakyat Malaysia melalui penambahbaikan ekosistem sukan yang lebih inklusif dan mesra pengguna.
Mengenalpasti, melahir dan memperkasa bakat sukan melalui model pembangunan bakat yang lebih berstruktur dan komprehensif berlandaskan penekanan aplikasi sains yang jitu.
Mewujudkan ekosistem sukan prestasi tinggi yang kondusif bagi menyokong penghasilan jaguh sukan di peringkat antarabangsa.
Memperkasa sektor sukan sebagai sebuah industri bernilai tinggi yang menjadi penyumbang terhadap pembangunan ekonomi negara.
Menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan sukan dunia yang menawarkan perkhidmatan, prasarana dan kejurulatihan sukan bertaraf dunia
Mempertingkatkan profesionalisme ekosistem sukan negara dengan tumpuan kepada integriti yang tinggi dan tadbir urus yang cekap.